Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


::: perjalanan menaiki bot
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
perjalanan menaiki



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 4-Feb-2006 12:00
::: Pulau Besar, Melaka :::
::: selepas melawat makam2 Hang Tuah & Hang Jebat.. esoknya kami ke Pulau Besar
::: alhamdulillah masuk ni.. dah 3x aku pi sana.. pernah camping masa belajar dulu.. beshh..
::: kali ni seronok sgt pi sana dgn sahabat baik aku, naik bot dan mengunjungi makam2 terkenal di situ..
::: antaranya ialah makam Sultanul Arifeen Shaikh Sayyid Ismail:

Nama sebenar Sultanul Arifeen ialah As Sayyid Ismail (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultanul Arifeen As Sayyid Ismail telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama As Sayyid Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.

Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam Islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 16 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Yusuf Siddiq dan saudaranya As Sayyid Ibrahim.

Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Arifeen telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

Sekarang makam Sultanul Arifeen terus dikunjungi orang ramai. Selain dari niat untuk ziarah mereka juga datang dengan pelbagai hajat.

Selain itu, Pulau Besar juga mempunyai beberapa tempat menarik utk dilawati: Perigi di Kaki Pulau, Batu Belayar @ Batu Penambat Kapal, Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Keramat Masin Tawar, Istana Bunian, Perkampungan Bunian, Tasik Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Makam Nenek Kebayan, Perigi Tempayan Pecah, Makam Tok Janggut, Makam Tujuh Beradik, Makam Seribu, Makam Nisan Satu, Perigi Nenek Musallimah, Tapak Kaki Sultan Arifeen, Makam Syarifah Rodziah dan Batu Lesung.

::: sumber: [ http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Besar ] <-- utk pemahaman lanjut..
~ ;-) 8-) :-> :-) :angel:


::: colok utk wangi-wangian dlm pasu yg disediakan

::: oleh kerana byk kekeliruan antara member2 fp sini..
::: aku explain sket.. takut nanti disalahertikan pula:

::: Pulau Besar, Melaka antara tempat yg keramat @ dlm bhs Arab 'qaramah' yg dirahmati Allah
::: pasal khurafat tuh mmg betul pon.. tapi antara kita beragama Islam jek yg tau
::: kalo bukan org Islam, mrk tak tau.. kalo mrk dtg ke Pulau Besar pon, itu amalan mrk
::: byk gak org bukan Islam berhajat & berdoa kat sana..
::: pasal 'kekeramatan' tuh lain citernyeer.. sad but true.. ramai yg dtg, org bukan Islam
::: yg beragama Islam terlalu takut menziarahi.. sedangkan makam2 sini sumernyer org Islam
::: apatah lagi makam2 wali yg dtg mengembangkan agama Islam di Tanah Melayu
::: tanpa mereka.. sapalaaa kita sekarang.. ;-)
::: colok tuh plak adalah salah satu cara utk mewangikan persekitaran
::: sama gak dgn colok2 yg dijual di kedai2 aromatherapy..
::: cuma byk dipopularkan oleh org bukan Islam [ambil yg baik & boleh digunapakai dlm Islam]
::: kalo di negara Arab, kemenyan digunakan utk mewangikan rumah.. malah byk dijual di sana
::: masa org meninggal dunia sebelum ditanam pon kita guna kemenyan utk hilangkan bau
::: tak salah kita guna, asalkan niat kita baik.. :->
::: berbanding minyak wangi berjenama yg pastinyer beralkohol & mmg menipiskan ozon
::: jin mmg makan asap.. tapi byk gak asap rokok, asap keter & asap ungun api [huhuhu]
::: seeloknyer.. baca Bismillah & niat baik sebelum membakar sesuatu [@ apa2 shj aktiviti]
::: yg baik & buruk itu dtg drpd Allah.. kita manusia, yg memilih jalannyer.. :-)

© Pidgin Technologies Ltd. 2016